FRIENDS

Assalamualaikum 

Weyhhhh ! Aku tinggalkan blog ni lagi sebab tak ada idea yang menarik untuk tulis. Sekarang apa aku buat ? Selepas sebulan aku dok umah dengan tak ada dapat apa-apa income dan akhirnya pada 15 FEBRUARI aku telah kembali ke tempat asal belajar ku iaitu UPSI di Tanjung Malim. Macam jauh jer kan TM dengan rumah aku (SHAH ALAM) sedangkan naik train 2 jam setengah jer kalau naik kereta lagi sekejap lah kan !  Alhamdullilah Allah masih bagi aku berdekatan dengan FAMILY .

Malam ni nak cerita yang aku bersyukur sangat sebab ada kawan-kawan yang sangat-sangat baik sejak dari sekolah , ke sekolah sampailah matrik dan kat U pun. Tadikan aku ada post kat facebook " serious LAPAR ! nak makanan ! hahaha" . Aku post tu memang dalam keadaan lapar tapi tak ada lah terlalu lapar macam memerlukan makanan jer. Kat dalam bilik aku ni ada jer manggi dengan biskut tapi aku tak adalah gemar sangat. Banyak cekadak lak aku kan !

Lepas tu dah lah borak-borak dengan kawan aku ajak buat piza guna roti gardenia lagi bertambah lapar lah kan perut aku. Haiishhhhhh ! Lepas tuuuuuu sedap borak, ekelahhhh boleh pulak line wifi kat umah sewa aku ni putus lak. Ni yang geram apa lagi aku pun malas dah nak ngadap lappy yang tak ada wifi , Aku off facebook , then tarik selimut baca novel ! Krok kiuk krok kriuk perut aku ni, tahap melampau  tersangat-sangat sedangkan aku baru lepas makan nasi goreng ( my roomate  (bff) masak taw , sedappp ). Dah bosan baca novel , aku tidur ... ALAMAK ! bunyi lagi... arghhhhh kenapa asyik bunyi perut aku ni ! 

Aku teruskan tidur walaupun dalam keadaan lapar ...... ! hahahaha 

Aku cuba lelapkan mata tapi tak berjaya juga, pastu aku terus tersedar ada my housemate datang bilik. Terus aku jaga dan terus telepon mak ( tanya khabar ) . Tengah syok2 borak, my housemate ( teha bff) datang bilik aku sebab nak bagi roti . Haiyaaa malunyaaaa rasa nak tutup muka. Siap pesan tu "kalau roti x susut, jangan pulang kat dia" .. Thanks tehaaaa , i love youuu ! hee

Aku kena berjimat cermat untuk setiap sem. Dugaan sem ni lagilah dengan hp aku kena curi dan keluarga aku pun bukan orang senang. Dengan duit PTPTN jer aku mampu untuk tolong ma ayah aku. Sem ni aku kena ikat perut , wlwpn kwn2  ajak gi makan aku terpaksa menolak . Tapi merekalah adalah kawan terbaik aku sepanjang di UPSI. Kawan-kawan aku bukan orang yang berkira, mana yang boleh mereka tolong, mereka akan tolong ... kitaorang ni tolong each other...  

Memang bersyukur , allah sentiasa temukan aku dengan kawan-kawan yang jaga aurat, solat dan sebagainya dan secara jujurnya aku berasa kerdil apabila bersama mereka kerana ilmu agama aku tidak lah tinggi berbanding mereka tetapi dengan melihat keperibadian kawan-kawan aku, aku cuba untuk berubah walaupun mengambil masa yang lama. Hanya dalam diam banyak yang mereka tunjukkan kepada aku apa itu ISLAM ! .. TERIMA KASIH SEMUA . I LOVE YOU ALL