Sinopsis:
PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatiny
a sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan nya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...


p/s : nie novel terbaru . kelakar kan tajuk novel nie . "CINTA BERKEPALA BATU " btw aku macam suka pulak novel walaupon tajuk nyer pelik . so aku nak cari novel nie .




sinopsis citer AKU CINTA DIA :)

Dania . seorang gadis kota yang liar . mengandung anak luar nikah . Akibatnya , papanya Datuk sofuan mendesak agar kandungan itu digugurkan . Namun kerana tidak mahu menanggung dosa . mamanya Datin Kay terpaksa melarikannya ke pusat Perlindungan Wadi Saffiyah . tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial .

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyah . Dania sentiasa bermunajat kepada Allah walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungan itu , dia pasrah . Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga melahirkan anaknya .

Apakah maknanya ini . Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya ? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan RASUL-NYA ter lebih dahulu daripada mencintai manusia . Dania bimbang akan kenyataan ini . takot Dania bertepuk sebelah tangan .

p/s : umm . best tak ? i think best novel nie . citer mengisahkan gadis kaya dah suka bersosial .

No comments:

Post a Comment