Tapi nak cerita nie. Korang nak tahu tak group ketiga hinggalah kelima lambat gila sampai. Aku pon tak tahulah , nak cakap kitaorang jalan macam siput tak adalah lak kan tapi entah lah ! Mungkin aku behati -hati sangat kott. Yer - yer jer aku ni :)
Okay berbalik kepada cerita !
Sampai kat penamat ( cewah , ayat ! ) kitaorang kena pegang tali , aku pon mula - mula tak faham lah gak kenapalah perlu pegang tali nie ? ( al - maklum lah aku kan kuat blur , serious beb ! ) So , aku pegang jer lah kan. Then bila semua dah sampai , kitaorang semua kena tutup mata dan dan gigit tali tue sambil tangan kat belakang [ boleh bayangkan , mesti bolehkan :) ] . Masa buat aktiviti nie , tak kisah lah air liur nak meleleh sampai mana pon , tak boleh lap ! erkkkk.
Lumpur + pasir

macam nielah kami kena :) best kan ! hikhik

GIGIT ! jangan lepas :)

Siap ada lumpur + pasir lagi taw ! Inilah kem yang aku pergi buat macam nie. Selalunya aku pergi kem , alahai tak ada langsung. Sekali kena , amik kau setepek kena depan belakang. Hahahak. Tapi kan aku tak tahu lah aku rasa nak nangis masa nie macam budak - budak betullah. Then , abah lagilah buat yang aku memang nak nangis sangat -sangat. Aku memang sensitif lah kalau bab - bab parents dan kawann nie.
Ada satu tahap tue , kitaorang kena tunduk aw ! time tue my tears uhh terkeluar beb ! nak lap , tapi tak boleh lah lak. Masa tue memang sedih lah. erkkk aku sendiri tak tahu ? Mungkin ada keinsafan di situ. Insyaallah mungkinlah kan , tiba -tiba terbukak pintu hidayah untuk aku. Cewah ! Then , abah suruh kitaorang bukak mata , dan peluk kawan masing -masing :(

* Aku bukak lah mata , nak tahu apa yang jadi ???
--- > Aku bukak jer kan , tak ada saper pon yang aku nak peluk ? kiri kanan aku masing -masing ada kawan. AKU ? Berdiri jer kat situ macam orang tak tahu apa -apa. Lepas tue , aku pergilah peluk kawan aku iaitu farah dan mira. Saling berpelukan dan minta maaf :(
Moral Values kat sini :)
* Barulah aku sedar , bayangkan bila kita bukak mata parents kita dah tak ada dan kita memang tak ada sape - sape pon kat dalam dunia nie. So , kita sorang -sorang hidup di atas muka bumi Allah nie. Uhh , betapa susahnya kalau kita tak ada tempat bergantung dan kawan yang boleh berikan pertolongan .
No comments:
Post a Comment