FIRST POST ( 2012 )


Assalamualaikum semua ! Sekian lama aku tak open blog ini kat semua orang. ( Ada ker orang baca ? HAHA ) Apa - apa pun blog ini akan kembali aktif seperti sedia kala. Cewah ! So , kita akan m'geratkan balik silaturrahim antara blogger ke blogger lain. Hee :)

Aku nak cerita kehidupan aku sekarang ! heee kalau nak baca . silalah baca amat dialu - alukan :)

Sekarang aku dah jadi seorang penanam anggur yang amat terkenal di kawasan perumahan aku. Di sini aku sudah jadi penggangur laa selepas aku bekerja selama 3 bulan sebagai staff MYDIY. Aku dah tak tahu nak buat apa duk kat rumah. Hanya goyang kaki , makan minum dan tidur sambil menunggu keputusan sambung belajar dapat atau tak. Aku pun dah susah sikit nak keluar pergi mana - mana sebab poket aku pun dah tak masyuk dengan duit. Huahuahua. Tuelah padan muka kan sape suruh berhenti. Agagaga

Tapi seriously aku memang rindu dengan kenangan masa aku kerja dulu terutama kat pekerja - pekerja MYDIY. Macam - macam pengalaman yang aku boleh aku buat dari benda yang aku tak tahu sampailah aku dah tahu sekarang. Al maklumlah kata kerja hardware manalah aku tahu sangat benda -benda yang b'kaitan dengan hardware. hee tapi aku tetap nak kerja hardware kan.

Aku masih ingat macam mana aku boleh kerja kat situ. Bermula dengan kawan baik akulah ' athirah anuar '. Dia ajak sekali kerja kat situ aku pun fikir boleh lah join sebab aku pun dah nak habis kerja dengan mak cik aku kat kedai buku sekolah. First day aku kerja biasalah kan mula - mula kerja mana tahu nak buat apa. Kerja yang kitaorang kena buat ialah pasal paip ?? Haaa aku jenis paip pun tak kenal apatah lagi pasal paip pvc . Tapi apasalahnya menimba ilmu sambil bekerja. Bila aku dah lama kerja kat situ , segala benda lah aku dah tahu siap kena panjat lagi nak amik benda -benda tue. Tapi memang best laa tak rugi taw <3. So jangan lah suka - suka nak berhenti yer kalau dah bekerja. Lagipun dah susah nak cari kerja taw sekarang. Amboiihh , bagi nasihat pulak aku.

* sambung :)

No comments:

Post a Comment