NURHANANI

Assalamualaikum !

Berjumpa lagi kita di post yang kedua. he he ! Pergghh untuk satu page aku amik satu jam untuk update segala cerita yang boleh aku luahkan disini. Amboi ! ayat aku " diluahkan ". bhaaha. Allright tak nak membuang masa dan tenaga aku nak teruskan bercerita sahaja.

Kali nie cerita mengenai kawan kesayangan yang kedua iaitu " Makwe Penang "

Nur Hanani namanya yang sebenar. Pada 29 / 4 / 2012 telah mencatatkan bahawa nani telah menjadi kakak kedua kami yang tua setelah menyambut kelahirannya yang ke - 18 tahun. Alhamdullilah. Kitaorang semua sudah plan nak menjalankan satu kejutan untuk birthday girl ni ! Pelbagai yang dirancangkan nasib baik mendapat kata sepakat yang baik dan boleh diterima oleh semua orang. Semua kena berhati - hati takut terlepas ke pengetahuan nur hanani pasal ni semua. Nanti tak syoklah kan. he he. Yeahh ! semuanya berjalan dengan berjalan dengan lancar :)

Mula - mula kitaorang plan buat video untuk nani ! Konon - kononnya nak buat dia sakit hati tapi sebenarnya bukan itu niat kitaorang tapi nak wish " happy birthday " ramai -ramai melalui video yang kitaorang buatkan tue. Sweet tak kitaorang ? bhahahaha ! mestilah kitaorang semua sweetkan hanani ? Baik kau cakap ya ! Gurau - gurau saja kawan

Video tak nak upload disini. Kalau nak tengok bukak blog nie " amirahsabarudin.blogspot.com ".

Dah siap video tue dibuat oleh myra terus upload kat fb dan bagi kat empunya badan lahkan. haa ! Nak tahu apa reaksi bila dia tengok video tue. -- >

Itulah komen nurhanani bila dia dah tengok video tue. Mulanya dia rasa kecewa sangat sebab kami kata tak suka berkawan dengan dia. bhahaha tidak mungkinlah kan. Kalau kitaorang tak suka dah lama kau tak masuk geng nie taw. Jahatkan ?                
Inilah plan pertama kitaorang untuk mengenakan nurhanani nie. Dan berjaya dan teramatlah berjaya sukanya aku ! bhahaha. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan baik dan berjaya juga membuatkan nurhanani patah hati dengan kitaorang sekali tapi akhir sekali dalam video tue hati dia sudah kembali bercamtum seperti sedia kala. he he he



No comments:

Post a Comment