Jarum jam dah tunjuk ke arah 11.32pm lagi berapa minit je dah nak masuk pukul 12 bermakna hari jumaat datang kembali. Nak cerita pasal aku buat kek lah kawan - kawan.
Kek je kott ? itu pun nak kecoh dalam blog kan kan ?
Of course lah nak kecoh sebab kali pertama aku buat kek sendiri tanpa ada pertolongan dari sape - sape taw. Dengan usaha sendiri aku berjaya juga nak buat. Kalau tak memang tak lah aku nak buat kek kan sebab selalunya aku buat je dia " batat ". Haa tahu tak maksud " batat " tue apa ? Its okay aku tolong jelaskan dengan lebih terperinci.
Yang aku fahamlah perkataan batat yang kita gunakan bila masak kek ni ? Batat tue
kek yang kita masak tue tak di masak dengan sempurna . Okay , faham tak ?
Selalunya batat akan jadi kat bahagian bawah kek tue. Warnanya pun agak lain berbanding dengan kek yang dimasak dengan betul. Kalau warna kek kita tue terang kat bahagian atas so kat bawah tue agak gelap macam kelabu. Btol kan ?
Kalau salah bagitahulah yea =)
Sebenarnya dah lama aku buat kek ni aku masih ingat tarikh 29 APRIL 2012 ( birthday hanani ) . Macam mana aku boleh ingat sebabnya esok aku pergi keluar hang out dengan Encik Khairul Azlan kita. Gediknya aku. bhaha. Kiranya nak buat kek ada makna lah juga konon-2 nak bagi kat Encik Khairul Azlan kita tue sebab dah janji nak bagi dia rasa dan suruh lah dia jadi pengkritik sikit kalau kek tue memang tak sedap ker ? Kalau berani kritik , siaplah dia penat aku buat nie !
Pukul 8.00 malam aku dah mula buat sebab tengah semangatkan nak buat kek ni ! Siap bagitahu kat ma aku yang aku nak buat kek. Nasib baiklah ma aku tak tanya lebih - lebih sebab selalunya aku akan malas nak masuk dapur apatah lagi nak buat kek ni. Jangan mimpilah kalau nak tengok farahin buat kek kalau rajin dia tak datang taw. Pengakuan yang jujur ni dari tuan blog yang tak seberapa sangat ni. Peace No War ( tiba - tiba ) sengal aku dah datang la ni. Berhati-2 lah.
Mula - mula aku buat kek tue okay semuanya teratur. Tangan aku pun selamba jerlah amik barang untuk masuk dalam bekas tapikan ada something wrong masa mula - mula aku buat nie. Aku dah pelik kenapalah aku nak tunggu majerin + gula ni lambat sangat nak hancur still bunyi macam gula tue tak hancur - hancur ? Haa rupanya aku tersilap letak gula yang aku pergi letak gula kasar patutnya gula halus. Patutlah aku rasa lama sangat nak buat gula hancur. Aduiii !
Berapa jam entah aku buat tak ingat dah ! inilah hasilnya. Alhamdullilah sedap tak tipulah kawan - kawan.
Sebahagiannya sudah dipotong sebab dah tak sabar - sabar nak makan. hee

No comments:
Post a Comment