1 SEPT 2013

Assalamualaikum.

Akhirnya buka juga blog aku ni. Dah lama tersangat - sangat tak bukak blog dan post pun semuanya dah lama dan berhabuk pun. Cerita terbaru aku sekarang selepas matrik .....

ALHAMDULLILAH .. Aku rasa bersyukur kehadrat ilahi


Pada 1 September 2013 dengan secara rasminya aku melangkah masuk ke Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Rasa gembira ada rasa sebak ada semuanya adalah boleh dikatakan bercampur baur semua perasaan yang ada. Aku rasa gembira dan sebak sebab aku dapat mengembirakan kedua orang tua aku yang memang nak tengok aku masuk UPSI ni dan aku juga bercita - cita sejak sekolah rendah lagi yang aku akan masuk UPSI ni suatu hari nanti.

Kat UPSI aku amik course Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga dengan kepujian. Walaupun course yang aku amik ini tidak sehebat dan tidak segah course yang lain tetapi aku berbangga dapat course ni. Sebab tak ramai orang akan nak amik course ni dan untuk batch aku budak - budak degree hanya 60 orang sahaja dan terbahagi kepada 2 kumpulan. Course ni juga akan belajar macam - macam seperti menjahit , memasak dan juga bakeri dan kitaorang tak tertumpu pada hanya satu bidang sahaja.

Untuk pengetahuan semua. UPSI sekarang sudah open market . Open Market bermaksud peluang pekerjaan selepas tamat belajar nanti bukan hanya terbuka untuk menjadi guru tapi boleh masuk ke bidang lain. Sebagai contoh course yang aku amik ni , kitaorang boleh jadi guru , chef , pereka fesyen dan macam - macam lagi . Sekarang ni jangan takut nak mohon UPSI dan korang tak semestinya akan menjadi guru.

heee . promote UPSI :)

NI gambar kampus baru UPSI ( SULTAN AZLAN SHAH )


Blok - Blok tempat belajar untuk setiap course
Masjid Kampus Baru
Dewan Besar

2 comments: