Assalamualaikum dan Selamat pagi.
Alhamdullilah masih boleh bangun dan bernafas di pagi yang mulia ini. Baru rasa hilang semua penat bila dapat update blog selepas dah selesai tolong mak aku buat kuih dari pukul 4.00 pagi sampai lah 8.00 pagi. Harap- harap rezeki kami sekeluarga dapat diberkati oleh Allah SWT.
Terus teringat ada satu cerita yang telah membuatkan aku menangis depan kawan-kawan kelas dan pensyarah aku sendiri. Itulah pertama kali aku menangis depan kawan-kawan di UPSI. Memang malu bila teringatkan balik tapi itulah perasaan aku yang sebenar bila terkenangkan mak ayah aku yang bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan kami tiga orang adik-beradik. Aku masih ingat masa tu hari Rabu , kebetulan pensyarah kaunseling aku tak dapat datang sebab dia pergi ke Turkey ada urusan kerja. Hari yang sama ada pensyarah kaunseling lain akan menggantikan pensyarah aku tu untuk mengajar kitaorang tentang kaunseling.
Hmmmm. Perasaan tu mesti rasa berkobar-kobar la pula kan sebab ada pensyarah lain akan masuk kelas untuk menggantikan pensyarah aku yang pergi tu.
Dap dap dap dap *bunyi tapak kasut pensyarah .
Tak dengar pun tapak kasut pensyarah tu saja je nak menyedapkan penceritaan . Ha ha ha ha . Bila pensyarah tu buka jer pintu kelas kitaorang, haa masing-masing punya reaksi mestilag adakan. Yang aku punya reaksi lak " hmm , pensyarah itu ka , pensyarah yang aku jumpa masa seminar kaunseling keibubapaan. Yesssss !!! aku still ingat lagi. heeee
Pensyarah kaunseling ini amatlah sempoi orangnya . Mula-mula dia ingat kitaorang nak buat presentation depan dia tapi presentation kitaorang semua dah selesai dengan pensyarah asal kitaorang. Aku ingat lagi pensyarah tu duduk atas kerusi lepas tu ada lappy and pen untuk lappy hanya itu sahaja . Lepas tu pensayarh mulakan dengan bertanyakan macam mana kitaorang bangun pagi ????
Sampai jer turn aku , aku pun jawab " Saya selalu bangun pukul 2.00 pagi sebab tolong mak saya sampai pagi " . Masa ini perasaan sedih tu masih boleh control lagi hanya nangis dalam hati jer. Lepas tu pensyarah tu tanya lagi *bila aku masuk upsi, adakah semua kerja tu adalah satu beban dan rasa selesa dapat lepaskan beban tu ? Ayatnya lebih kurang macam tulah manalah aku nak ingat sebijik sebijik perkataan pensyarah tu tanyaka. hee
Nak jawab soalan tu mula-mula okay jer. Haissshhh tiba-tiba haa amik kau terus keluar air mata sampai kawan aku sebelah bagi tisu. Aku memang sensitif cakap sal mak ayah ni cepat jer air mata keluar macam air terjun. Huhuhu. Semua orang mengalami benda yang samakan manalah ada anak-anak nak tengok ibubapa dorang hidup susah .....
Bila ingatkan balik walaupun kehidupan keluarga aku tidak senang seperti orang lain tapi aku masih perlu bersyukur sangat-sangat kerana aku masih ada emak dan ayah di bumi allah ini sampailah sekarang. Insyaallah dengan usaha mak ayah aku nak membesarkan kitaorang adik-beradik dengan memberikan ilmu pendidikan akademik dan agama , insyaallah kami dapat memberikan mereka kehidupan yang lebih baik
TERIMA KASIH EMAK AYAH :) adik sayangkan emakayah sangat2.
No comments:
Post a Comment