Post kali ni aku saja nak cerita kejayaan aku dari kecik sampailah ke besar. Sebenarnya tak ada kejayaan yang besar pun aku pernah capai buat masa ni. Aku hanyalah insan yang biasa sahaja tak ada apa-apa kelebihan seperti orang lain. Tetapi aku masih bersyukur sebab aku masih mampu untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dan sekarang ini aku dah berjaya masuk ke alam universiti sebagai mahasiswi ijazah sarjana muda ERT dengan kepujian. Kiranya aku ini dalam bidang pendidikan dan almaklumlah dah masuk U pun U yang memang pendidikan.
Masa sekolah rendah aku hanya dapat keputusan yang biasa sahaja untuk UPSR iaitu 3A 2B tapi aku masih bersyukur sebab aku masih boleh hadiahkan ma ayah aku A walaupun tak kesemuanya. Sekolah rendah pun aku bukannya bape pandai masa darjah 1 aku dapat kelas kedua dan naik jer darjah 2 terus aku turun kelas. Hahahaha. Kalau nak tahu, aku memang nakal tahap apa aku sendiri aku pun tak tahulah tapi akhirnya aku insaf ! hahahahahha. Akhirnya aku dapat juga dapat naik kelas balik darjah 3, 4. 5, dan 6 . Sekolah rendah banyak sangat kenangan aku dengan kawan-kawan dan masa tahun lima juga aku dah pandai gatai . hahahaaha ! Sampai sekarang aku masih ingat macam mana aku boleh kenal dengan hamba ALLAH tersebut dan alhamdullilah sampai sekarang jugalah aku masih berkawan dengan dia walaupun sekadar kawan baik sahaja.
Lepas tu, aku masuk pula alam persekolahan di sekolah menengah. Aku memang malas nak masuk asrama ini dan lagi-lagi keputusan aku bukanlah okay sangat. Kalau setakat result yang aku dapat tu, pihak sekolah asrama hanya pandang sebelah mata jer, heee. Sebenarnya aku yang malas nak mohon mana-mana. Biasalah anak emak ma ayah memang macam lepas tu ikut jer lah mana abang aku sekolah situ jugalah aku nak sekolah. Masa sekolah menengah aku biasa jer tak ada apa-apa pencapaian aku dapat. Tapi aku masih ingat aku pernah dapat matapelajaran bahasa melayu tebaik untuk tingkatan 2. Happening giler ! BM jer kan ibarat macam dapat matapelajaran sains terbaik. Haahaha. Lepas tu form 3.. haa result aku ! heeeee 3A 5B . Kecewakan ! frust tahu tak kenapalah yang 5B tu tak bertukar jer jadi 5A tapi aku tetap kena bersyukur apa yang aku dapatkan. Konon lah kan nak bertekad lah bila masuk form 4 aku nak study sungguh sebab nak dapat result yang baik dalam SPM. Tapi biasalah kata2 tu macam hangat2 tahi ayam jerlah. Aku ingat lagi masa result keluar dah la masa tu aku tengah kerja. Nasib baik lah akak supervisor aku tu baik hati bagi aku keluar kejap nak amik result.
Nak tahuuu result aku ! 3A SAHAJA ! frust frust . Aku sendiri pun tak tahu kenapa dari UPSR sampailah SPM tak bergerak-gerak 3A aku tu.
Tapi bila aku fikir kan balik tak baik aku marah-marah dan mempertikaikan dengan cara macam ni. Ini adalah semua kerja ALLAH untuk menentukan semua takdir di dalam kehidupan selepas semua usaha yang telah kita lakukan. Dan aku percaya apa yang ALLAH berikan kepada aku mempunyai kebaikan dalam kehidupan aku. Aku harus bersyukur sebagai hambanya !
Nak tahuuu result aku ! 3A SAHAJA ! frust frust . Aku sendiri pun tak tahu kenapa dari UPSR sampailah SPM tak bergerak-gerak 3A aku tu.
Tapi bila aku fikir kan balik tak baik aku marah-marah dan mempertikaikan dengan cara macam ni. Ini adalah semua kerja ALLAH untuk menentukan semua takdir di dalam kehidupan selepas semua usaha yang telah kita lakukan. Dan aku percaya apa yang ALLAH berikan kepada aku mempunyai kebaikan dalam kehidupan aku. Aku harus bersyukur sebagai hambanya !
TERIMA KASIH YA ALLAH
No comments:
Post a Comment