Bosan sungguh hari ini memang tak tahu nak buat apa. Apa lagi marilah kita berblogging supaya dapat kurangkan bosan ni. Aku nak cerita pasal aktiviti aku dua hari yang lepas dalam entri kali ini.
Sejak menjak ni aku tiba-tiba jadi rajin pula sikit-sikit buka lappy perkara pertama yang aku buat mesti cari resepi tapi yang berkaitan pasal kek, pastri, roti dan seangkatannya. Dua hari lepas aku cuba cream puff ! Mana boleh tercetusnya tiba-tiba nak buat. Aku pergi jalan-jalan dengan mak aku kat pasar malam jer lepas tu mak aku ajak pergi beli apam balik kesukaan ayah aku. Kat kedai apam balik , ada jual cream puff. Dalam hati tu ada niat juga dalam hati tapi bila tanya harga cream puff........... fuhhhhhhhhh agak mahal juga !
Fikir-fikir dan fikir baiklah aku buat sendiri cream puff tu
Marilah kita tengok bahan2 yang diperlukan
Bahan-bahan
- 125 g tepung gandum + 2 baking powder
- 100 g butter
- 250 ml air
- 1/2 sudu teh gula
- 3 biji telur
Cara-cara
- Panaskan oven ( 220 C , 15 minit )
- Butter , air dan gula diletakkan bersama dalam periuk dan kacau rata
- Kemudian masukkan tepung gandum dalam api perlahan,'
- Kacau dengan menggunakan sudip kayu sampai sebati adunan tersebut
- Biarkan adunan tersebut sejuk
- Selepas itu masukkan telur satu persatu kemudian kacau sampai rata barulah masuk telur yang seterusnya
- Akhir sekali , gunakan pipping bag dan nozzle star atau bentuk mengikut citarasa ada
- Renjiskan cream puff dengan air sedikit
Inti Cream Puff
Bahan-bahan
- 1 tin susu cair
- 1 tin air
- 7 sudu besar gula
- 4 sudu besar tepung kastard
Cara-cara
- Susu cair , air dan gula disatukan dalam periuk
- Bancuh tepung kastard dengan sedikit air
- Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung kastard sedikit demi sedikit dan perlulah kacau dengan cepat
- Akhir sekali letak dalam cream puff ( Potong sedikit dibelah tengah puff )
* Untuk inti cream puff ni aku buat half dari resepi asal sebab tak nak terlalu banyak ( bazir pulak ) tapi ikut cita rasa ada sendiri nak ikut resepi asal pun boleh :)
No comments:
Post a Comment