AIR

Assalamualaikum :)

Semalam bangun subuh agak lambat juga dalam pukul 6.45, itupun tersedar sebab roomate aku bangun daripada tidur. Kalau tidak dua-dua terlajak tidur sampai pagi tapi alhamdullilah Allah masih menolong kami untuk menyedarkan kami daripada tidur lena untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Masa bangun untuk solat tidur , air masih ada . Niat dihati tu mula-mula lepas subuh ingat nak terus pergi mandi disebabkan badan aku ini terlalu penat dan aku sendiri tak tahu apa yang penat sangat aku buat, hmm last-last batalkan niat yang mula2-mula tu terus sambung tidur balik. Ha ha al-maklum lah aura katil lagi kuat daripada aura suruh mandi. 

p/s : Ekceli tak bagus tidur lepas subuh, seelok-eloknya kita bangun lah terus lepas solat subuh :)
Pesanan utuk diri sendiri juga sebab suka benor tidur lepas subur. 

Dalam pukul 9 lebih kot dah nak pukul 10 macam tu, bangun lah kan tak kan nak tidur sampai matahari dah terbit baru nak bangun. Gagahkan diri juga ini nak bangun, bangun terus amik tuala terus masuk toilet ! 

ehhh COPPPP !!! *bermonolog
- Baik check ada air atau tidak . Mula-mula check kat tempat sinki yang orang selalu gosok gigi tu, alhamdullilah masih ada air tapi air tak kuar laju macam biasa. Lepas tu disebabkan perasaan tamak nak airkan aku pi bukak semua paip sebab ada hal emergency ! Last-last air kat paip sinki untuk gosok gigi habis macam tu.

Aku sendiri pun tak sempat nak gosok gigi + cuci muka :)

Alhamdullilah juga aku dah tadah air dari semalam lagi. Aku dapat tadah pun kebetulan kawan aku yang tinggal kat kolej KZ , Raizah nama empunya diri bagitahu yang kolej dia dah tak ada air. Apa lagi, aku ini sikapnya memag agak kelam-kabut. Mula lah pergi terus tadah air, pergi mandi dan cuci baju. Semuanya buat dengan pantas dan cepat untuk elakkan dapat selesaikan sebelum air tak ada.

Hebat tak saya ! HEBAT .... puji diri sendiri apa salahnyakan. heee

Alhamdullilah alhamdullilah ! rasa syukur sangat-sangat kerana Allah hanya tarik kenikmatan air yang diberikan kepada kami HANYA SATU HARI sahaja.

Keesokannya air ada seperti biasa dan laju pun macam biasa juga :) TERIMA KASIH ALLAH

No comments:

Post a Comment